awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH192 selamat mendarat di Lapangan Terbang Bengaluru

Bernama
Bernama
21/04/2014
14:12 MYT
MH192 selamat mendarat di Lapangan Terbang Bengaluru
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH192 tiba di Lapangan Terbang Bengaluru di sini pada 5 petang ini, selepas tergendala akibat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) awal hari ini.
Penerbangan asal MH192 terpaksa berpatah balik ke KLIA setelah satu daripada tayar di bahagian kanan gear pendaratan pesawat itu pecah semasa berlepas, kata syarikat penerbangan itu dalam kenyataan di sini.
Pesawat itu yang membawa 159 penumpang dan tujuh anak kapal selamat melakukan pendaratan cemas di KLIA pada 1.56 pagi ini.
Kesemua penumpang itu kemudian ditempatkan di beberapa hotel di sekitar lapangan terbang itu. Keselamatan para penumpang menjadi keutamaan MAS, kata kenyataan itu.
Pada 3.30 petang tadi, penerbangan MH192 itu berlepas semula ke Bangalore dengan menggunakan pesawat lain.
Topic Berkaitan
#KLIA
#Malaysia Airlines (MAS)
#MH192
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan