awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: Bluefin-21 teruskan pencarian dalam misi ketujuh

Astro Awani
Astro Awani
19/04/2014
06:54 MYT
MH370: Bluefin-21 teruskan pencarian dalam misi ketujuh
Bluefin-21, kenderaan dalam air (AUV), meneruskan misi ketujuh hari ini dengan bantuan oleh 11 pesawat tentera dan 12 kapal air dalam misi mencari pesawat penerbangan Malaysia MH370.
Pada hari ini Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) telah merancang pencarian visual di kawasan berukuran 50,200 kilometer persegi, merentasi tiga kawasan.
"Semalaman Bluefin-21 AUV menyelesaikan enam misi di kawasan pencarian dalam air dan data yang dikumpul kini sedang dianalisis.
“Setakat ini, Bluefin-21 telah mencari 133 kilometer persegi dan tiada apa-apa penemuan berkaitan dengan pesawat telah ditemui.
“Ramalan cuaca hari ini melaporkan hujan di setengah-tengah tempat dengan tiupan angin timuran selatan," kata agensi itu dalam satu kenyataan.
Penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian semasa terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi 8 Mac.
Misi pencarian yang disertai pelbagai negara digerakkan bagi menjejaki pesawat MH370 itu, mula-mula di Laut China Selatan selepas pesawat itu menyimpang daripada laluan asal, di selatan Lautan Hindi.
Selepas satu analisis data satelit menunjukkan bahawa kedudukan terakhir MH370 ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan lautan Hindi".
Topic Berkaitan
#bluefin
#MAS
#MH370
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan