awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: Cuaca semakin baik, operasi pencarian diteruskan - AMSA

Astro Awani
Astro Awani
29/03/2014
03:18 MYT
MH370: Cuaca semakin baik, operasi pencarian diteruskan - AMSA
Gambar Fail
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu diteruskan awal hari ini setelah cuaca diramalkan kembali baik pada Sabtu.
Bagaimanapun, menurut kenyataan dikeluarkan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) cuaca dijangka kembali buruk lewat hari ini.
Pencarian hari ini menyaksikan pembabitan lapan pesawat termasuk tiga pesawat P3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia, sebuah jet pengawal pantai Jepun, sebuah pesawat P3 Orion milik Jepun, sebuah pesawat P3 Orion milik Tentera Udara Diraja New Zealand, sebuah Ilyushin IL-76 milik China dan sebuah jet awam untuk tujuan komunikasi.
Pesawat pertama yang berlepas adalah Ilyushin IL-76 sekitar 9:05 pagi waktu tempatan.
Dua lagi pesawat P3 Orion dan pesawat pengawal pantai Jepun akan berlepas pada pukul 1 ptg dan dan 2 ptg masing-masing.
Manakala dua lagi P3 Orion milik New Zealand dan Jepun akan berlepas sekitar pukul 3 ptg dan 4 ptg.
Kapal Haixun milik negara China telah pun berada di lokasi untuk membantu pencarian.
Pencarian kini meliputi kawasan seluas 1,100 kilometer persegi di barat Australia.
Semalam beberapa objek pelbagai warna dilaporkan telah dikesan pada Jumaat oleh lima pesawat. . Sehingga kini masih belum ada pengesahan mengenainya.
Topic Berkaitan
#amsa
#Boeing 777-200
#MH370
#Najib Razak
#penerbangan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan