awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump luah kekecewaan terhadap NATO, Rutte memahami
Bank Dunia naikkan unjuran pertumbuhan 2026 Malaysia kepada 4.4 peratus
Lonjakan harga bahan api jet dijangka cetus penggabungan syarikat penerbangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: Kapal China dan Australia kutip beberapa objek termasuk sampah

Astro Awani
Astro Awani
30/03/2014
04:31 MYT
MH370: Kapal China dan Australia kutip beberapa objek termasuk sampah
Kapal operasi mencari dan menyelamat milik Australia dan China telah menemui beberapa objek yang tidak dikenal pasti dari Lautan Hindi pada Sabtu.
Agensi berita Bloomberg yang memetik laporan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata kapal HMAS Success milik Australia dan Haixun 01 milik China telah menemui beberapa objek dari lautan itu namun setakat ini ia belum disahkan sama ada berkaitan dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac.
Ini pertama kali beberapa objek dikutip dari lautan sejak 22 hari operasi pencarian dilancarkan.
Bloomberg turut melaporkan tiga objek yang ditemui dikenal pasti hanyalah sampah sambil memetik laporan akhbar China.
Sementara itu, lapan buah kapal telah mengesan beberapa objek di Lautan Hindi pada Sabtu.
Antaranya objek berwarna putih, merah, dan jingga dilihat yang oleh kapal milik China Jinggangshan.
Pesawat New Zealand, P3 Orion pula menemui 11 objek dalam radius 1,600 kilometer ke barat Perth, kata Timbalan Marshal Tentera Udara New Zealand, Kevin Short.
Agensi berita itu juga melaporkan objek-objek yang dilihat berbentuk segi empat tepat, berwarna putih dan kurang daripada 1 meter (3.3 kaki) panjang,
Terdapat juga objek biru yang lebih besar yang dikesan dan satu lagi objek berwarna jingga.
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#MH370
#Perth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan