awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: Pampasan sedang dibincang MAS, perundangan dan keluarga penumpang

Astro Awani
Astro Awani
28/03/2014
13:37 MYT
MH370: Pampasan sedang dibincang MAS, perundangan dan keluarga penumpang
Penerbangan Malaysia sedang berbincang dengan beberapa pihak perundangan dan keluarga penumpang MH370 berhubung soal pampasan.
Ketua Eeksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya bagaimanapun menegaskan, tuntutan keluarga penumpang ketika ini ialah bagi mendapatkan bukti kukuh kehilangan MH370 khususnya serpihan pesawat itu.
Beliau menegaskan tuntutan utama keluarga penumpang bukannya wang pampasan.
"Setakat ini apa yang diminta oleh mereka pihak keluarga terutamanya adalah bukti kukuh, maksudnya mereka mahu bukti pesawat itu. Sebab itu usaha mencari dipergiat supaya kita boleh kesan pesawat itu," ujarnya.
Bagi pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula, kerajaan melalui mesyuarat kabinet pada Khamis memutuskan bahawa pejabat peguam akan memperhalusi perkara itu.
Menurutnya, antara yang diambil kira ialah aspek dan kesan perundangan.
Selepas perjalanan MH370 disahkan berakhir di pertengahan Lautan Hindi pada Ahad oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, perhatian ke atas tuntutan pampasan tidak terkecuali selain usaha yang ditumpukan kepada misi mencari dan menjejak.
Seramai 239 penumpang menaiki pesawat MH370 semasa ia hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.
Daripada jumlah itu, penumpang warga China paling ramai iaitu 157 orang diikuti Malaysia dengan 50 orang.
Topic Berkaitan
##MengenangMH370
#Beijing
#China
#Kuala Lumpur
#MH370
#penerbangan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan