awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Microsoft bakal tamatkan sokongan Paint 3D menjelang November ini

Amanz
Amanz
12/08/2024
06:00 MYT
Microsoft bakal tamatkan sokongan Paint 3D menjelang November ini
Microsoft akan menamatkan sokongan untuk Paint 3D menjelang November ini apabila kemas kini Microsoft Windows terbaharu akan diperkenalkan untuk sistem operasi Windows 10 dan Windows 11. -Amanz
MICROSOFT memperkenalkan aplikasi kreativiti Paint 3D sekitar tujuh tahun lalu untuk menggantikan aplikasi Paint asal mereka.
Aplikasi ini diperkenalkan sebagai cara untuk Microsoft mirip ciri-ciri yang ditawarkan oleh aplikasi seperti Adobe Photoshop, GIMP dan sebagainya bagi menggantikan Paint.
Walaupun begitu, Microsoft nampaknya akan menamatkan sokongan untuk Paint 3D menjelang bulan November 2024 ini, apabila kemas kini Microsoft Windows terbaharu akan diperkenalkan untuk sistem operasi Windows 10 dan Windows 11.
Perkara ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, khususnya apabila aplikasi Paint hadir dengan kemas kini sejumlah fungsi yang sama seperti layer, transparency, dan pengalihan gambar latar, fungsi-fungsi yang sebelum ini hanya ditawarkan pada aplikasi Paint 3D.
Sokongan untuk aplikasi tersebut juga ditamatkan kerana ciri-ciri lain yang ditawarkan pada Paint 3D nampaknya tidak mendapat sambutan yang begitu baik daripada pengguna.
Untuk komputer-komputer riba baharu yang berada dalam program Copilot+ PC, aplikasi Paint juga telah menerima kemas kini baru seperti ciri Cocreator yang membolehkan pengguna untuk menjana gambar menggunakan kuasa kecerdasan buatan terbina di dalam komputer-komputer riba baharu. -Amanz
Topic Berkaitan
#Microsoft
#Paint 3D
#tamatkan sokongan
#Adobe Photoshop
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan