awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MINDEF segera laksana projek bekalan air, selenggara lif dan kerosakan perumahan ATM

Bernama
Bernama
23/07/2023
00:15 MYT
MINDEF segera laksana projek bekalan air, selenggara lif dan kerosakan perumahan ATM
MOHAMAD: Daripada lawatan turun padang saya ke markas-markas serta perumahan warga ATM sebelum ini, memang ia tidak dalam keadaan memuaskan dari segi keperluan asasnya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Projek pemulihan bekalan air, penyelenggaraan lif serta kerosakan kritikal lain di perumahan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan segera dilaksanakan menerusi peruntukan tambahan RM200 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata melalui peruntukan itu, RM110 juta akan disalurkan bagi membaik pulih dan menyelenggara bangunan uzur serta rumah anggota Tentera Darat Malaysia di seluruh negara, manakala masing-masing RM30 juta bagi Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Markas ATM.
"Ini adalah keprihatinan daripada Perdana Menteri yang telah mengumumkan peruntukan tambahan kepada warga ATM.
"Daripada lawatan turun padang saya ke markas-markas serta perumahan warga ATM sebelum ini, memang ia tidak dalam keadaan memuaskan dari segi keperluan asasnya seperti masalah bekalan air, kebocoran dan lain-lain. Ini akan kita segerakan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan peruntukan tambahan RM200 juta bagi membaik pulih dan menyelenggara rumah anggota ATM di seluruh negara.
Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan tambahan RM150 juta untuk selenggara kemudahan agensi Kementerian Dalam Negeri (KDN) antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam pembentangan Belanjawan 2023 sebelum ini, kerajaan mengumumkan peruntukan lebih RM500 juta bagi menyelenggara Rumah Keluarga ATM dan membaik pulih kuarters kediaman dan institusi di bawah KDN termasuk PDRM.
Mohamad berkata kebajikan dan keselesaan warga ATM termasuk veteran sentiasa menjadi keutamaan kementerian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#peruntukan tambahan
#rumah tentera
#ATM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan