awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Minta rasuah RM80,000, anggota penguat kuasa direman lima hari

Bernama
Bernama
19/12/2024
12:36 MYT
Minta rasuah RM80,000, anggota penguat kuasa direman lima hari
Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohamad Azlan Basri selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret George Town hari ini.
GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang mereman seorang anggota penguat kuasa kerana dipercayai meminta rasuah kira-kira RM80,000 daripada seorang wanita bagi membantu membebaskan suaminya yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
Perintah reman selama lima hari hingga 23 Disember ini dikeluarkan Majistret Mohamad Azlan Basri selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret George Town hari ini.
Menurut sumber, suspek lelaki berumur lingkungan 40-an itu disyaki telah menghubungi wanita berkenaan pada 30 Nov lepas susulan tangkapan dibuat terhadap suami wanita terbabit.
Menerusi perbualan telefon itu, suspek dipercayai telah meminta RM80,000 daripada wanita itu sebagai balasan bagi mengubah keterangan untuk membantu suaminya dilepaskan daripada tahanan.
Semalam, SPRM Pulau Pinang menahan anggota penguat kuasa itu.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#perintah reman
#Rasuah
#anggota penguat kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan