awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi bawa vaksin COVID-19 ke pedalaman Nabawan bermula

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
04/06/2021
07:37 MYT
Misi bawa vaksin COVID-19 ke pedalaman Nabawan bermula
Misi vaksinasi pedalaman tersebut dibuat selama empat hari bermula 4 Jun 2021 sehingga 8 Jun 2021. - Foto Astro AWANI
NABAWAN: Sebanyak 400 vaksin COVID-19 dibawa masuk ke kawasan pedalaman pada Jumaat untuk diberikan kepada lebih 20 buah kampung di Pensiangan, di Nabawan, Sabah.
Menurut Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Nabawan, Dr Mohd Abirudin Abdul Salleh, misi vaksinasi pedalaman tersebut dibuat selama empat hari bermula 4 Jun 2021 sehingga 8 Jun 2021.
"Kami membawa sejumlah 400 dos pertama vaksin jenama Sinovac ke perkampungan di Pensiangan.
"Kita mensasarkan penduduk berusia 18 tahun ke atas dari 21 buah kampung dan kebanyakan mereka ini tidak mendaftar menggunakan aplikasi My Sejahtera.
"Dalam tempoh empat hari ini kami akan menyampaikan maklumat dan meyakinkan penduduk tentang vaksin seterusnya memaksimakan pemberian vaksin yang kita bawa," katanya yang ditemui di Klinik Kesihatan Nabawan pada Jumaat sebelum memulakan perjalanan ke Pensiangan.
Antara kampung yang akan dikunjungi pasukan kesihatan dari Jabatan Kesihatan Nabawan adalah Kampung Sibangali, Kampung Babayasing, Kampung Siatu, Kampung Saliliran, Kampung Sinapar, Kampung Simohong dan Kampung Karampalon.
Tambah Mohd Abirudin, hanya 2,000 atau 2.86 peratus daripada jumlah 27,800 penduduk yang berdaftar untuk divaksin ekoran bentuk muka bumi berbukit bukau dan capaian internet.
Topic Berkaitan
#vaksin
#Klinik kesihatan
#Nabawan
#Sabah
#dos pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan