awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misteri wanita jubah hitam, berwajah biru buat penduduk 'meremang' terjawab

Astro Awani
Astro Awani
14/01/2019
11:11 MYT
Misteri wanita jubah hitam, berwajah biru buat penduduk 'meremang' terjawab
Wanita yang tular di laman media sosial sejak seminggu lalu itu sebenarnya seorang wanita warga Indonesia. - Foto ihsan pembaca Astro AWANI
Misteri wanita berjubah hitam dan berwajah 'biru' yang didakwa berkeliaran di beberapa kawasan di Kepala Batas, Pulau Pinang akhirnya terjawab apabila wanita itu akhirnya ditahan polis pada Isnin.
Wanita yang tular di laman media sosial sejak seminggu lalu itu sebenarnya seorang wanita warga Indonesia.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor memaklumkan wanita itu ditahan pada jam 10 pagi tadi berdekatan Pajak Song iaitu lokasi wanita misteri itu berkeliaran sehingga ia ditularkan pengguna laman sosial.
Noorzainy berkata, polis akan memohon perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Butterworth esok untuk menjalankan siasatan bagi mengetahui motif wanita itu berkeliaran di beberapa kawasan itu dalam keadaan mencurigakan.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen.
Foto ihsan pembaca Astro AWANI
Foto ihsan pembaca Astro AWANI
Minggu lepas, penduduk sekitar daerah itu digemparkan dengan seorang wanita yang berwajah biru, bertudung merah, berjubah hitam dan berkasut sukan menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan di kawasan yang menjadi tumpuan kanak-kanak.
Kejadian itu dirakamkan beberapa individu yang memuat naik video berkenaan ke laman sosial sehingga ia tular dan menjadi bualan hangat netizen.
Topic Berkaitan
#Imigresen
#Kepala Batas
#laman sosial
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#media sosial
#polis
#wanita wajah biru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan