awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MITI lancar pelan hala tuju industri dan keluli

Bernama
Bernama
22/07/2025
15:45 MYT
MITI lancar pelan hala tuju industri dan keluli
Liew mempengerusikan mesyuarat MSC - Gambar Facebook rasmi Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan melancarkan pelan hala tuju untuk menambah baik serta memastikan sektor besi dan keluli Malaysia lebih berdaya tahan dalam jangka masa panjang susulan penyerahan laporan akhir Jawatankuasa Keluli Bebas (ISC).
Timbalan Menterinya, Liew Chin Tong, yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Keluli Malaysia (MSC) semalam bagi pihak menteri, berkata pelan hala tuju itu akan menggabungkan cadangan utama daripada laporan ISC.
"Ini merupakan mesyuarat pertama MSC yang diadakan selepas penyerahan laporan akhir ISC kepada MITI.
"Persekutuan Industri Besi dan Keluli Malaysia (MISIF) dan Persatuan Keluli Malaysia (MSA) menyatakan penghargaan dan persetujuan mereka terhadap dapatan dan cadangan daripada laporan tersebut, termasuk cadangan menambah baik Institut Keluli Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI Datuk Hanafi Sakri, Presiden MISIF Roshan M Abdullah, Timbalan Presiden MSA Datuk Seri Tai Hean Leng serta Pengerusi ISC dan Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Malaysia Datuk Omar Siddiq.
Liew berkata antara inisiatif utama ialah pelaksanaan cukai karbon untuk sektor besi dan keluli pada 2026, dengan kerjasama Kementerian Kewangan, seperti yang diumumkan sebelum ini di bawah Belanjawan 2025.
Mesyuarat MSC turut termasuk taklimat daripada Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai tindakan penguatkuasaan terkini, iaitu Op Padu 1.0, Op Padu 2.0 dan Ops Metal yang menyasarkan produk keluli tidak berkualiti dan penyeludupan besi buruk.
"Tindakan penguatkuasaan ini penting untuk menjaga integriti industri dan menyokong persaingan yang adil," katanya.
Liew berkata MITI berharap kemajuan berterusan dalam memacu kemampanan ekonomi dan alam sekitar dalam industri besi dan keluli negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kewangan
#SPRM
#Polis Diraja Malaysia
#Belanjawan 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan