awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Pengorbanan Kedah pelihara kawasan padi, tadahan air wajar dibalas setimpal - Sultan
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Model 5E tingkat keberkesanan kandungan media sosial kerajaan

Bernama
Bernama
12/04/2026
12:33 MYT
Model 5E tingkat keberkesanan kandungan media sosial kerajaan
Abdul Halim berkata model 5E itu merangkumi engage iaitu menarik perhatian, educate (mendidik secara santai), empower (memperkasakan pengguna), experience (pengalaman pengguna) dan earn trust (membina kepercayaan). - Gambar Bernama
Model 5E wajar digunakan dalam penghasilan kandungan di platform media sosial kerajaan ketika ini bagi menarik minat generasi muda melayari platform berkenaan untuk mendapatkan maklumat isu semasa yang sahih dan tepat.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah berkata model 5E itu merangkumi engage iaitu menarik perhatian, educate (mendidik secara santai), empower (memperkasakan pengguna), experience (pengalaman pengguna) dan earn trust (membina kepercayaan).

“Yang penting dalam konteks engage ialah kandungan berbentuk short form seperti di Threads dan TikTok. Gaya lama sudah kurang sesuai. Satu minit 30 saat pun sudah dianggap lama… jadi penyampaian maklumat dalam tempoh singkat tetapi berkesan sangat penting.

“Selain visual yang dinamik, storytelling yang berkesan serta kolaborasi dengan content creator juga perlu,” katanya dalam temu bual bersama radio PERLISfm menerusi slot Hemoi-Hemoi di Jabatan Penyiaran Perlis, semalam.

Beliau berkata, bagi aspek educate, pengguna perlu dididik secara santai melalui mikro pembelajaran, termasuk infografik dan video penerangan menggunakan bahasa mudah, tidak terlalu teknikal atau berat.

Bagi empower, Abdul Halim berkata pengguna perlu diperkasakan dengan akses mudah kepada maklumat sahih selain penyediaan alat interaktif seperti FAQ dan chat box, di samping menggalakkan budaya semakan fakta (fact-checking) bagi mengelakkan penyebaran maklumat tidak sahih.

“Bagi experience pula, platform perlu lebih mesra pengguna dengan tindak balas pantas dan interaktif. Manakala earn trust pula ialah membina kepercayaan secara konsisten dan telus dalam menyampaikan maklumat semasa, termasuk menggunakan wajah manusia sebagai jurucakap bagi meningkatkan keyakinan pengguna,” katanya.

Beliau berkata penggunaan model itu diyakini dapat menyiarkan kandungan rasmi kerajaan dengan cara lebih menarik dan interaktif sekali gus berupaya menangani isu ledakan maklumat dan informasi tidak sahih pada masa ini.

Abdul Halim berkata, jika isu itu tidak ditangani secara berkesan, ia boleh mewujudkan pelbagai persepsi terutama dalam kalangan generasi muda.

“Ledakan maklumat tidak sahih ini perlu diuruskan dengan tegas kerana persaingan dengan platform tidak rasmi sangat besar. Selain itu, jurang persepsi antara kerajaan dan generasi muda juga perlu diberi perhatian.

“Selain itu, cabaran turut melibatkan penerimaan masyarakat terhadap kandungan rasmi kerajaan yang sering dianggap kurang menarik. Justeru, walaupun fakta yang disampaikan tepat, pendekatan penyampaian perlu diperkasakan agar lebih kreatif, relevan dan mampu menarik perhatian khalayak,” katanya.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#ledakan maklumat
#media sosial
#Model 5E
#kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan