awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamad Hasan, Rubio bincang hubungan dua hala, Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS

Bernama
Bernama
04/04/2025
16:20 MYT
Mohamad Hasan, Rubio bincang hubungan dua hala, Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan menerima panggilan telefon daripada Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio pada Jumaat. - Foto Facebook Mohamad Hasan
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan menerima panggilan telefon daripada Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio pada Jumaat.
Dalam hantaran pada akaun Facebook miliknya Jumaat, Mohamad berkata perbincangan mereka antara lain menyentuh mengenai hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat (AS) di bawah Kerangka Kerjasama Komprehensif.
"Membincang dan merangka tarikh yang sesuai untuk mengadakan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS bersempena Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN Tahun 2025," katanya.
Malaysia secara rasmi memegang jawatan Pengerusi ASEAN bermula 1 Jan 2025 dengan tema "Keterangkuman dan Kemampanan" yang mencerminkan aspirasi negara untuk membentuk ASEAN yang bersatu dan makmur.
Sebelum ini, Mohamad berkata Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 akan diadakan pada 26 dan 27 Mei ini manakala Sidang Kemuncak ASEAN bersama Rakan Dialog bermula penghujung Oktober.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS
#Mohamad Hasan
#Marco Rubio
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan