awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Hisham Ketua Pengarah MetMalaysia baharu

Bernama
Bernama
28/10/2024
03:15 MYT
Mohd Hisham Ketua Pengarah MetMalaysia baharu
Menurut MetMalaysia, pelantikan Mohd Hisham adalah antara usaha kerajaan memperkasa penyampaian perkhidmatan jabatan sebagai agensi peneraju unggul dalam bidang meteorologi, iklim dan geofizik. - Facebook MetMalaysia
KUALA LUMPUR: Dr Mohd Hisham Mohd Anip dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan pelantikan Mohd Hisham, 55, yang sebelum ini merupakan timbalan pengarah (operasi) jabatan adalah bagi menggantikan Muhammad Helmi Abdullah yang bersara wajib pada 4 Ogos lepas.
Mohd Hisham yang berkelulusan sarjana dan doktor falsafah dalam bidang sains atmosfera daripada Universiti Missouri, Amerika Syarikat serta pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang sains matematik daripada Universiti Malaya mula berkhidmat di MetMalaysia pada 4 Mac 1994.
"Sepanjang 30 tahun berkhidmat, beliau pernah bertugas dalam pelbagai cabang meteorologi meliputi ramalan cuaca, latihan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), instrumentasi dan pengurusan kualiti.
"Beliau turut dilantik untuk menganggotai pelbagai jawatankuasa dan kumpulan kerja pakar teknikal di peringkat nasional serta antarabangsa melibatkan bidang pengurusan bencana, ramalan cuaca dan banjir, perubahan iklim serta penyelidikan," menurut jabatan itu.
Menurut MetMalaysia pelantikan Mohd Hisham merupakan antara usaha kerajaan untuk memperkasakan penyampaian perkhidmatan jabatan sebagai agensi peneraju unggul dalam bidang meteorologi, iklim dan geofizik di peringkat negara dan antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#Ketua Pengarah MetMalaysia
#Mohd Hisham Mohd Anip
#Muhammad Helmi Abdullah bersara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan