awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOT tubuh jawatan kuasa koordinasi, kerah aset bantu misi banjir - Loke

Bernama
Bernama
30/11/2024
08:17 MYT
MOT tubuh jawatan kuasa koordinasi, kerah aset bantu misi banjir - Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menyampaikan ucapan pada majlis penyerahan Kampung Angkat MADANI Ngoi-Ngoi, hari ini. - Foto BERNAMA
SEREMBAN: Kementerian Pengangkutan (MOT) telah menubuhkan jawatan kuasa petugas khas bagi mengkoordinasikan misi bantuan banjir terutama di Pantai Timur termasuk bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bantuan tersebut termasuk menggerakkan aset Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan laut atau mana-mana agensi berkaitan untuk misi tersebut.
"Timbalan Ketua Setiausaha MOT akan mengetuainya dan koordinasi selain berbincang dengan NADMA untuk melihat keperluan boleh disalurkan daripada MOT kerana kita boleh kerah aset kita atau mana-mana agensi lain untuk gerakkan apa sahaja peralatan diperlukan untuk membantu.
"MOT ambil langkah proaktif supaya jentera daripada kementerian dapat dikerahkan, koordinasi dibuat bersama NADMA untuk lihat keperluan kerana kalau pergi tanpa koordinasi banyak sumber akan dibazirkan jadi kami kerahkan bantuan mengikut yang diperlukan.
"Kabinet juga telah berbincang mengenai misi bantuan berkenaan selain menggerakkan jentera kerajaan untuk membantu mengatasi malapetaka itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kampung Angkat MADANI Kementerian Pengangkutan di Kampung Orang Asli Sungai Ngoi-Ngoi di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau mengakui bencana yang melanda beberapa negeri ketika ini turut menjejaskan beberapa mod pengangkutan terutama landasan kereta api di Kelantan yang ditenggelami banjir.
"Antara yang terkesan dari laluan Gemas ke Pantai Timur, banyak perjalanan dibatalkan. Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim juga terpaksa ditutup sebab landasan dibanjiri," katanya menambah turut memantau situasi sebelum perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) boleh kembali beroperasi.
Sementara itu, Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban itu berkata projek kampung angkat tersebut merupakan inisiatif membantu penduduk Kampung Orang Asli Ngoi-Ngoi menaik taraf infrastruktur awam dan kemudahan asas terutama yang terjejas akibat banjir sebelum ini.
Beliau berkata ia termasuk pembinaan penahan tebing dan sistem saliran serta kerja perparitan di lokasi strategik bagi mengurangkan risiko banjir selain menaik taraf dan membina jalan masuk ke kampung itu serta pembaikan pada cerun jalan.
"Projek berkenaan semua telah siap, ia telah bermula awal tahun ini, walaupun peruntukan ini hanya diberikan pada 25 keluarga tapi manfaat lebih besar pada daerah Seremban iaitu kita melindungi kawasan tadahan air Ngoi-Ngoi.
"Hal ini kerana kita bergantung kepada empangan dan loji rawatan air yang berada di sini, itu sebab kami memilih kampung ini untuk menerima peruntukan menerusi program ini," katanya dan menambah peruntukan sebanyak RM2.5 juta digunakan untuk kampung angkat itu.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Jemaah Menteri dan Ketua Setiausaha Negara supaya mengambil serius tanggungjawab mereka memantau situasi kampung di seluruh negara demi melengkapkan kesejahteraan hidup penduduk di kawasan itu.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Kementerian Pengangkutan
#Anthony Loke
#jawatan kuasa petugas khas
#Banjir 2024
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan