awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN

Bernama
Bernama
25/11/2024
20:00 MYT
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Makanan tempatan itu akan dihidangkan kepada delegasi asing di acara-acara berkaitan ASEAN yang berlangsung di seluruh negara. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Timbalan Menteri berkenaan Khairul Firdaus Akbar Khan berkata makanan tempatan itu akan dihidangkan kepada delegasi asing di acara-acara berkaitan ASEAN yang berlangsung di seluruh negara.
"Ahli-ahli delegasi akan merasai betapa enaknya makanan warisan kita. Kita mahu makanan warisan kita ini kita angkat setinggi mana yang boleh.
"Saya percaya Malaysia bukan sahaja bersedia (selaku Pengerusi ASEAN), malah akan memberikan satu pengalaman yang cukup luar biasa untuk mereka (delegasi) nilai sendiri," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatankuasa bagi MOTAC di Dewan Rakyat pada Isnin.
Berpaksikan tema Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 "Keterangkuman dan Kemampanan", beliau berkata MOTAC akan memastikan segala aspek penganjuran juga dapat dirasai seluruh rakyat Malaysia.
Dalam pada itu, Khairul Firdaus berkata 19,000 pelajar asing dijangka menyertai program Edu+ menjelang akhir tahun ini dengan pendapatan pelancongan dijangka berjumlah RM95 juta.
Beliau berkata pakej pembelajaran jangka pendek yang digabungkan dengan pengalaman berkaitan pelancongan di universiti dan kolej tempatan itu akan merancakkan lagi pelancongan pendidikan menjelang kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOTAC
#makanan tempatan
#Kepengerusian ASEAN
#Industri pelancongan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan