awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Motosikal bergesel, dua maut dalam tragedi konvoi raya di Maran

Bernama
Bernama
07/06/2019
02:53 MYT
Motosikal bergesel, dua maut dalam tragedi konvoi raya di Maran
Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Foto Bernama
Perjalanan pulang dua rakan selepas berhari raya secara berkonvoi berakhir tragedi apabila dilanggar selepas motosikal mereka bergesel sesama sendiri di jalan besar Jengka 23, Maran dekat sini Khamis malam.
Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman berkata kejadian pada 10.15 malam itu menyebabkan Hamdan Mat, 47, maut ditempat kejadian manakala Mohammad Shahrizan Ahmad, 37, disahkan meninggal dunia di Hospital Jengka.
Manakala seorang lagi rakan mereka Abu Bakar Ahmad, 26, yang turut menunggang motosikal sendiri bagi menyertai konvoi dari Jengka 22 ke Jengka 23 itu, patah tangan kanan.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal Hamdan dan Mohammad Shahrizan bergesel di kawasan selekoh menyebabkan mereka terjatuh ke arah laluan bertentangan dan dilanggar kereta Proton Waja.
"Pemandu Proton Waja mendakwa tidak sempat mengelak kerana jarak yang terlalu dekat sebelum keretanya juga terbabas dan melanggar Abu Bakar serta sebuah kereta Honda Civic yang berada di belakang konvoi mangsa," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal Hamdan dan Mohammad Shahrizan bergesel di kawasan selekoh. - Foto Bernama
Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal Hamdan dan Mohammad Shahrizan bergesel di kawasan selekoh. - Foto Bernama
Norzamri berkata lelaki yang masing-masing memandu Proton Waja yang berusia 54 tahun dan Honda Civic, 32, bagaimanapun tidak cedera.
Beliau berkata jenazah mangsa dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenazah
#kemalangan
#kereta
#konvoi hari raya
#mangsa
#Maran
#maut
#motosikal bergesel
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan