awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOU air Selangor: Muhyiddin sambut baik perjanjian tambahan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
10/07/2015
09:34 MYT
MOU air Selangor: Muhyiddin sambut baik perjanjian tambahan
Dengan termeterainya Perjanjian Tambahan itu, pihak-pihak kepada perjanjian tersebut mempunyai tempoh selama 60 hari untuk menyelesaikan syarat permulaan (CPs) kepada Perjanjian Utama. -Astro AWANI / Shahir Omar
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut baik Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Ujar Muhyiddin, dengan termeterainya Perjanjian Tambahan itu, pihak-pihak kepada perjanjian tersebut mempunyai tempoh selama 60 hari untuk menyelesaikan syarat permulaan (CPs) kepada Perjanjian Utama.
Setelah kesemua CPs dipenuhi, Perjanjian Utama dan Perjanjian Jual Beli Saham Puncak Niaga Holdings Berhad akan dikuatkuasakan bagi membolehkan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengambil alih Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).
Muhyiddin bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Menteri Besar Selangor Mohd Azmin Ali sebelum itu menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Antara pertikaian yang timbul termasuk status aset Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Nenas dan LRA Semenyih di mana kedua-dua aset itu dikatakan milik kerajaan persekutuan, namun telah disenaraikan oleh kerajaan negeri sebagai aset miliknya.
Sebelum ini, Maximus mendesak kerajaan negeri menyediakan aset-aset yang diperlukan oleh kerajaan persekutuan bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#dimeterai
#Maximus Ongkili
#Muhyiddin
#penstrukturan air
#Selangor
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan