awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MoU Malaysia-Indonesia mengenai penahanan nelayan perlu dikemas kini - Ahmad Shabery

Bernama
Bernama
20/06/2016
23:24 MYT
MoU Malaysia-Indonesia mengenai penahanan nelayan perlu dikemas kini - Ahmad Shabery
AHMAD SHABERY: Kedua-dua negara perlu mencari persamaan dalam mengemas kini perjanjian terdahulu bagi menentukan pihak atau agensi yang paling tepat dipertanggungjawabkan.
Perjanjian persefahaman (MoU) di antara Malaysia dan Indonesia mengenai cara menangani isu nelayan ditahan pihak berkuasa negara masing-masing ketika menangkap ikan di perairan yang dipertikaikan, perlu dikemas kini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perjanjian itu, yang melibatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Badan Keamanan Laut (Bakamla) Indonesia, harus diteliti semula kerana agensi berkenaan menjalankan fungsi yang berlainan.
Ini menyebabkan kes penahanan nelayan sering dirujuk kepada kementerian tertentu di negara masing-masing seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani jika kes berlaku di Malaysia. "Kita perlu berunding dengan Indonesia untuk mengemas kini perjanjian ini kerana kita sudah ada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), yang sama fungsinya dengan Bakamla di Indonesia. "Saya akan perincikan perkara ini, bagi menentukan siapa pihak yang perlu bertanggungjawab dalam hal berkaitan penahanan nelayan dan siapa boleh dirujuk bagi penyelesaian masalah," katanya pada sidang media selepas Himpunan Bulanan dan majlis berbuka puasa kementerian di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEP) di sini, Isnin malam.
Selain 50 anak yatim, turut diraikan pada majlis itu ialah lima nelayan dari Pontian yang dibebaskan pihak berkuasa Indonesia pada 24 Mei dan 16 Jun lepas setelah ditahan pada 5 Mei.
Mohon pembebasan
Sambil memberi contoh jika nelayan Indonesia ditahan pihak berkuasa Malaysia, Ahmad Shabery berkata beliau pastinya akan didatangi menteri berkenaan dari republik itu untuk memohon pembebasan sedangkan pihak yang membuat tangkapan bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dan begitu juga jika ia berlaku kepada nelayan tempatan di negara jiran itu. "Untuk itu, kedua-dua negara perlu mencari persamaan dalam mengemas kini perjanjian terdahulu bagi menentukan pihak atau agensi yang paling tepat dipertanggungjawabkan untuk mengelak kes nelayan ditahan di perairan yang dipertikaikan, sukar atau lambat dibebaskan," jelas beliau. Antara lain, katanya, penelitian perjanjian itu perlu memastikan jika nelayan menjalankan aktiviti penangkapan di kawasan yang dipertikaikan dan ditahan, mereka sepatutnya hanya diperiksa pihak berkuasa sebelum dihantar keluar dari perairan itu dan bukannya ditahan seperti yang dilakukan pada masa ini.
Tidak senang Ahmad Shabery berkata menangkap atau menahan nelayan merupakan sesuatu yang agak berat kerana ia akan melibatkan ramai pihak, yang tentunya boleh menimbulkan perasaan tidak senang di antara kedua-dua pihak dan negara.
"Sepatutnya, nelayan yang menangkap ikan di perairan yang dipertikaikan bukan ditahan tetapi dihantar keluar daripada kawasan itu atas semangat kejiranan, keakraban dan setiakawan dua negara," katanya. Untuk mengelak kejadian sama berulang, Ahmad Shabery meminta semua nelayan tempatan supaya sentiasa mematuhi dasar dan peraturan perikanan yang ditetapkan dengan menangkap ikan di kawasan perairan negara. Beliau berkata bagi memastikan nelayan tidak tersasar keluar dari perairan negara dan demi keselamatan di laut, kerajaan bersetuju membekalkan Sistem Identifikasi Automatik (AIS) secara percuma kepada semua nelayan pukat tunda Zon B seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#Ahmad Shabery Cheek
#Indonesia
#Malaysia
#penahanan nelayan
#perjanjian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan