awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MoU PDI dimuktamad dalam lawatan kerja Menteri Sumber Manusia ke Jakarta, Isnin ini

Bernama
Bernama
19/01/2022
05:23 MYT
MoU PDI dimuktamad dalam lawatan kerja Menteri Sumber Manusia ke Jakarta, Isnin ini
Saravanan dijadualkan bertemu rakan sejawatnya Menteri Ketenagakerjaan Republik Indonesia, Ida Fauziyah bagi memuktamadkan perkara itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Isu-isu berkaitan memorandum persefahaman (MoU) berhubung Pengambilan dan Penempatan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) akan dimuktamadkan dalam lawatan kerja Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan ke Jakarta, Indonesia, Isnin ini.
Saravanan dalam kenyataan hari ini berkata, beliau dijadualkan bertemu rakan sejawatnya Menteri Ketenagakerjaan Republik Indonesia Ida Fauziyah bagi memuktamadkan perkara itu supaya MoU tersebut dapat ditandatangani pada 7 dan 8 Februari ini di Bali, Indonesia.
"Ini juga selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Januari 2022 agar satu lawatan diadakan bagi menyelesaikan isu berbangkit berhubung pemeteraian MoU tersebut.
"Isu-isu utama berkaitan dengan MoU tersebut berhubung One Maid One House, One Channel System dan gaji PDI telah pun disepakati menerusi siri rundingan antara kedua pihak," katanya.
Beliau berkata MoU terdahulu telah ditandatangani Menteri Sumber Manusia pada 2006 di Bali dan protokol bagi meminda MoU berkenaan telah ditandatangani di Bandung, Indonesia pada 2011.
Saravanan berkata pertemuan itu akan turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga dalam siri lawatan kerja ke Indonesia minggu depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sumber manusia
#M Saravanan
#pekhidmat domestik Indonesia
#pekerja asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan