awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SekPur buat laporan SPRM, minta siasat dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
Krisis tenaga global tekan harga minyak, subsidi kerajaan meningkat – Amir Hamzah
Konflik Asia Barat: Israel beri amaran sasar ambulans di Lubnan, dakwa disalah guna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MRSM Kuantan catat 114 kes influenza, benarkan semua pelajar jalani PdPR

Bernama
Bernama
07/10/2025
15:41 MYT
MRSM Kuantan catat 114 kes influenza, benarkan semua pelajar jalani PdPR
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan telah membenarkan semua pelajar untuk menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sehingga 22 Okt selepas terdapat penularan kes influenza dalam kalangan pelajar. - Gambar fail/BERNAMA
KUANTAN: Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan telah membenarkan semua pelajar untuk menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sehingga 22 Okt selepas terdapat penularan kes influenza dalam kalangan pelajar.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Ir Razali Kassim berkata sebanyak 114 kes dikesan sejak Ahad lepas, namun tiada pelajar yang dimasukkan ke hospital.
"Punca jangkitan disyaki daripada pelajar yang pulang ke rumah semasa cuti sekolah dari 13 hingga 21 Sept lepas.
"Penularan jangkitan berlaku di sekolah dalam kalangan pelajar melalui aktiviti harian di asrama dan sekolah seperti solat berjemaah, makan di dewan makan dan sesi pembelajaran di dalam kelas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata sebanyak 114 pelajar tingkatan empat sahaja dibenarkan berada sekolah bagi menduduki peperiksaan, dengan pemantauan daripada pihak sekolah dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan.
Razali berkata beberapa langkah kawalan diambil termasuk mengasingkan pelajar bergejala di rumah sehingga sembuh, menjalankan pengesanan kes secara harian serta menasihatkan pelajar dan kakitangan sekolah mendapatkan rawatan segera jika bergejala.
"Siasatan lanjut masih diteruskan untuk memantau situasi dan memastikan wabak ini dapat dikawal sepenuhnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MRSM Kuanta
#kes influenza
#Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah PdPR
#Razali Kassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan