awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MRT laluan Putrajaya Fasa Dua siap 95 peratus

Bernama
Bernama
21/02/2023
09:35 MYT
MRT laluan Putrajaya Fasa Dua siap 95 peratus
Persiapan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya Fasa Dua sudah melebihi 95 peratus dan sedang melakukan ujian terakhir, pada hujung bulan ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memaklumkan persiapan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya Fasa Dua sudah melebihi 95 peratus dan sedang melakukan ujian terakhir, pada hujung bulan ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Mohd Azharuddin Mat Sah berkata persiapan dan ujian giat dijalankan oleh pegawai dan jurutera MRT Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), kontraktor dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
"Pihak tersebut sedang memantau dan memastikan ujian itu melepasi garis panduan yang disediakan dan Insya-Allah dapat beroperasi Mac ini, tetapi tarikh akan diumumkan oleh kerajaan (Kementerian Pengangkutan)," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan delegasi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Roslan Ariffin di Menara UOA Bangsar di sini, hari ini.
Sementara itu mengulas mengenai kunjungan tersebut Mohd Azharuddin berkata kerjasama antara Bernama dan Prasarana dapat membantu dalam menghebahkan kepada rakyat mengenai perkembangan dan isu-isu terkini sistem pengangkutan awam.
"Ini merupakan kerjasama menyeluruh sama ada dari segi memberi cadangan atau makluman pemberita, digital radio mahupun televisyen. Ini juga adalah kali pertama kerjasama menyeluruh dengan pihak media," katanya.
Semasa pertemuan itu juga, pelbagai cadangan telah diterima bagi menambah baik sistem pengangkutan awam darat di ibu kota selain bentuk hubungan kerjasama antara kedua-dua agensi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MRT laluan Putrajay
#Fasa dua
#prasarana
#MRT Corp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan