awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MTL: APMM Kelantan gerakkan pasukan rondaan pesisir pantai

Bernama
Bernama
02/12/2024
12:00 MYT
MTL: APMM Kelantan gerakkan pasukan rondaan pesisir pantai
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menggerakkan pasukan rondaan pesisir pantai bagi melaksanakan Program Pencegahan Carilamat setiap hari pada musim Monsun Timur Laut. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menggerakkan pasukan rondaan pesisir pantai bagi melaksanakan Program Pencegahan Carilamat setiap hari pada musim Monsun Timur Laut.
Pengarah Maritim Kelantan Kepten Erwan Shah Soahdi berkata usaha itu bagi memastikan keselamatan komuniti maritim dalam menghadapi musim berkenaan.
Beliau berkata penugasan rondaan pesisir pantai juga bertujuan menangani kejadian tidak diingini sepanjang Monsun Timur Laut.
"APMM turut bersiap siaga sekiranya terdapat keperluan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi melaksanakan bantuan banjir," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Erwan Shah sehubungan itu mengingatkan semua komuniti maritim seperti nelayan, komuniti perkapalan, industri cari gali minyak dan penggemar aktiviti rekreasi laut atau di pesisir pantai supaya meningkatkan tahap waspada serta mengikuti ramalan cuaca dikeluarkan Jabatan Meteorologi.
"APMM mempunyai empat pasukan dengan setiap satu mempunyai 10 petugas untuk memantau aktiviti melibatkan komuniti maritim.
"Kita turut ke resort-resort di tepi pantai bagi menasihati pengunjung agar tidak melakukan aktiviti seperti mandi-manda di pantai," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#APMM Kelantan
#monsun timur laut
#Program Pencegahan Carilamat
#rondaan pesisir pantai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan