awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin tiba untuk lawatan kerja ke Alabama

Bernama
Bernama
17/01/2013
08:18 MYT
Muhyiddin tiba untuk lawatan kerja ke Alabama
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini pada Rabu malam untuk lawatan kerja dua hari ke Alabama.
Ketibaan Muhyiddin yang diiringi isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di Lapangan Terbang Mobile Downtown disambut Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) Datuk Othman Hashim dan para pegawai kedutaan.
Turut serta dalam lawatan itu Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof.
Pada Khamis, Muhyiddin akan dianugerahi Doktor Kehormat Antarabangsa oleh Akademi Sukan Amerika Syarikat atas sumbangan beliau terhadap pembangunan sukan di Malaysia.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dijadual melawat Daphne High School, sekolah berprestasi tinggi diiiktiraf di bawah program National Blue Ribbon Schools Programme Amerika Syarikat.
Ditemui pihak Perancis pada 1702, Mobile merupakan bandaraya tertua Alabama dan pelabuhan utama di rantau itu.
Dengan populasi kira-kira 200,000 orang, ia bandaraya ketiga terbesar di Alabama dan dikenali sebagai tanah kelahiran kaum Mardi Gras Amerika.
Alabama terletak di tenggara AS. Ia bersempadan dengan Tennessee di utara, Georgia di timur, Florida dan Teluk Mexico di selatan dan Mississippi di barat.
Topic Berkaitan
#Alabama
#Puan Sri Noorainee Abdul Rahman
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan