awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Murid sekolah dari Malaysia menang pertandingan robotik di India

Bernama
Bernama
26/09/2019
14:17 MYT
Murid sekolah dari Malaysia menang pertandingan robotik di India
Danish Muslim murid SK Tun Hussein Onn di Kuala Lumpur memenangi cabaran menghasilkan roket air dalam Pertandingan Robotik Dunia.
Seorang murid dari Malaysia melakar kejayaan selepas memenangi pertandingan antarabangsa di India dengan mempamerkan kehebatannya menghasilkan roket air.
Danish Muslim murid SK Tun Hussein Onn di Kuala Lumpur memenangi cabaran menghasilkan roket air dalam Pertandingan Robotik Dunia itu.
Berusia 12 tahun, murid itu menyertai pertandingan berkenaan dengan ditemani bapanya Muslim Tamsir dan rakan sepasukannya.
"Kami datang ke India untuk menimba pengalaman dan sekadar suka-suka. Tidak sangka menang dan sebagai rakyat Malaysia sudah tentu berbangga dan gembira.
"Saya kagum dengan kemahiran anak saya," kata Muslim ketika ditemui Bernama pada Khamis.
Pertandingan berlangsung dari 23 hingga 25 September di Stadium Thyagaraj, New Delhi.
Danish juga merupakan pemenang kejohanan roket air Malaysia pada 2018 dan 2019.
"Menyertai pertandingan di India adalah penyertaan di peringkat antarabangsa pertama kami. Ternyata kami telah membuat keputusan yang tepat," kata Muslim merangkap guru di sekolah berkenaan.
Pasukan bapa dan anak itu menyertai kejohanan berkenaan tanpa sebarang penajaan korporat atau bantuan kewangan.
"Kami menerima sokongan padu daripada isteri dan keluarga," kata Muslim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Danish Muslim
#murid dari Malaysia
#Pertandingan Robotik Dunia
#roket air
#SK Tun Hussein Onn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan