awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Murid Tahun Enam lemas jatuh kuari ketika memancing

Bernama
Bernama
07/08/2025
21:40 MYT
Murid Tahun Enam lemas jatuh kuari ketika memancing
Selepas dua jam operasi SAR dijalankan polis bersama orang awam, mangsa ditemukan pada jarak tiga kilometer dari tempat dia dipercayai terjatuh. - Foto JBPM Kedah
BALING: Seorang murid Tahun Enam ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kuari pasir ketika memancing bersama dua rakannya dalam kejadian di Taman Mesra Ria, Kupang, petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata mangsa Muhammad Farish Syazwi Mohamad Sukri, 12, dikatakan tergelincir sewaktu memancing di kawasan terbabit sebelum terjatuh ke dalam kuari pasir.
"Bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.30 petang tadi dan menggerakkan pasukan dengan kekuatan enam orang pegawai dan anggota ke lokasi.
"Tindakan awal yang dilakukan anggota adalah dengan membuat pencarian mangsa menggunakan teknik permukaan di air sekitar lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Menurutnya selepas dua jam usaha mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan orang awam, mangsa kemudiannya ditemukan pada jarak tiga kilometer dari tempat dia dipercayai terjatuh.
"Mangsa ditemui pada pukul 6.25 petang tadi oleh bapa saudaranya yang turut sama dalam operasi SAR," katanya.
Zulkhairi berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kuari
#lemas
#kanak-kanak jatuh dalam kuari
#memancing di kuari
#jatuh dalam kuari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan