awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Musa Aman bebas tuduhan rasuah, pengubahan wang haram

Bernama
Bernama
09/06/2020
02:30 MYT
Musa Aman bebas tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Musa menghadapi 30 pertuduhan telah secara rasuah memperoleh untuk diri sendiri, suapan daripada lapan pemilik konsesi balak berjumlah US$50.1 juta. - Gambar fail
Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman daripada 46 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di Sabah.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Azhar Abdul Hamid memberitahu mahkamah pihak pendakwaan menarik balik semua pertuduhan dalam kedua-dua kes (rasuah dan pengubahan wang haram) yang dihadapi Musa.
Peguam Francis Ng Aik Guan, yang mewakili Musa berkata kes itu perlu ada pengakhiran dan oleh itu pihaknya memohon kepada mahkamah memberi keputusan yang wajar iaitu dengan melepaskan dan membebaskan anak guamnya kerana dibimbangi tertuduh akan didakwa semula.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin kemudiannya melepaskan dan membebaskan tertuduh daripada semua tuduhan itu.
Bagi kes rasuah, Musa, 69, menghadapi 30 pertuduhan, sebagai ejen kerajaan negeri Sabah iaitu Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, telah secara rasuah memperoleh untuk diri sendiri, suapan daripada lapan pemilik konsesi balak berjumlah US$50.1 juta.
Beliau juga menghadapi 16 pertuduhan iaitu secara tidak langsung membabitkan diri dalam pengubahan wang haram daripada beberapa individu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bebas
#Ketua Menteri
#konsesi balak
#lepas
#mahkamah
#Musa Aman
#pengubahan wang haram
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan