awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Australia belum diminta sertai sekatan Trump di Selat Hormuz - Albanese
PM Anwar mahu pembinaan Kolej Matrikulasi Terengganu disegerakan
Tahanan lari: Polis buka kertas siasatan, teliti isu pelanggaran SOP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Musim kemarau di Asia Tenggara termasuk Malaysia telah bermula

Bernama
Bernama
03/07/2022
10:33 MYT
Musim kemarau di Asia Tenggara termasuk Malaysia telah bermula
Musim kemarau dikaitkan dengan permulaan Monsun Barat Daya dan berkemungkinan berlanjutan hingga Oktober 2022. - Gambar fail/ Bernama
JAKARTA: Musim kemarau bagi wilayah Asia Tenggara, termasuk Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan selatan Thailand telah bermula, menurut Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC).
Musim kemarau dikaitkan dengan permulaan Monsun Barat Daya dan berkemungkinan berlanjutan hingga Oktober 2022.
"Fenomena cuaca La Nina di Lautan Pasifik khatulistiwa diramalkan akan terus melemah, dan dijangka kekal tidak berubah sepanjang tahun ini," menurut ASMC dalam satu kenyataan.
Sementara itu, fenomena iklim La Nina dan fasa negatif Dipole Lautan Hindi (IOD), dijangka membawa hujan lebat ke wilayah ini antara Julai dan Oktober 2022.
Namun, ASMC memberi amaran masih terdapat risiko kebakaran dan jerebu ketika cuaca kering dan panas yang berpanjangan untuk tempoh beberapa bulan akan datang.
Oleh itu, ASMC menggesa rantau ini untuk terus berwaspada dan mengambil langkah pencegahan awal bagi mengurangkan kejadian kebakaran hutan.
ASMC juga menjangkakan keadaan jerebu tahun ini tidak seburuk seperti 2015 dan 2019.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#musim kemarau
#Malaysia
#Monsun Barat Daya
#La nina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan