awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muslihat bungkus dadah dalam paket minuman 3 dalam 1 terbongkar

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
17/10/2019
08:00 MYT
Muslihat bungkus dadah dalam paket minuman 3 dalam 1 terbongkar
Timbalan Ketua Polis Perak (kanan) menunjukkan dadah yang dirampas. - Astro AWANI
Polis Perak berjaya membongkar sindiket pengedaran dadah yang mencampurkan serbuk dadah dan dibungkus menjadi pelbagai jenis minuman segera seperti jus buah-buahan, coklat, teh dan minuman tiga dalam satu.
Taktik itu berjaya dikesan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak yang membuat serbuan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM753,000 di Kampung Simee, Ipoh pada Rabu.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Lim Hong Shuan berkata, serbuan di sebuah rumah kedai kira-kira 2 pagi itu, berjaya menahan seorang lelaki berusia 24 tahun dan merampas pelbagai campuran dadah dalam paket minuman segera dengan anggaran berat 15.074 kilogram.
Turut dirampas 50 biji pil ekstasi, ketamin seberat 11 gram dan cecair disyaki campuran dadah sebanyak 2.77 liter.
"Daripada siasatan awal kita, dadah ini dijual ataupun diedarkan untuk tujuan digunakan di pusat-pusat hiburan... Ia ada hubungan dengan sindiket tertentu berdasarkan jumlah rampasan yang begitu banyak. Kita masih jalankan siasatan untuk mengenal pasti sindiket terlibat," ujar beliau.
Ditemui dalam sidang media di Ipoh pada Khamis, beliau berkata, rampasan dadah itu juga adalah yang terbesar di Perak tahun ini.
Suspek yang bekerja sebagai pemandu grab direman tujuh hari bermula dari tarikh ditangkap dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Topic Berkaitan
#edar dadah
#Ipoh
#JSJN
#minuman
#paket dadah
#Perak
#polis
#sindiket dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan