awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mustapa Mohamed terima anugerah daripada kerajaan Jepun

Bernama
Bernama
29/04/2024
01:45 MYT
Mustapa Mohamed terima anugerah daripada kerajaan Jepun
Mustapa dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Rising Sun daripada kerajaan Jepun atas sumbangan beliau dalam hubungan Jepun-Malaysia. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Rising Sun daripada kerajaan Jepun atas sumbangan beliau dalam hubungan Jepun-Malaysia.
Kedutaan Jepun di Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, Mustapa yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri diberikan penghormatan tersebut sempena Spring Imperial Conferment 2024.
"Sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, beliau memperkukuh perdagangan dan hubungan ekonomi Jepun-Malaysia dengan menggalakkan penyertaan Malaysia ke dalam CPTPP (Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik) dan mengembangkan Dasar Pandang Ke Timur," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut Mustapa juga mengukuhkan hubungan bidang tenaga antara kedua-dua negara dengan penyediaan bekalan gas asli cecair (LNG) yang stabil kepada Jepun dan mengumumkan sokongan Malaysia kepada Komuniti Pelepasan Karbon Sifar Asia (AZEC). - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mustapa Mohamed
#anugerah kerajaan Jepun
#Grand Cordon of the Order of the Rising Sun
#Dasar Pandang ke Timur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan