awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MYEG jelaskan Perkeso bukan rakan kongsi dalam inisiatif saringan COVID-19

Bernama
Bernama
13/05/2020
20:48 MYT
MYEG jelaskan Perkeso bukan rakan kongsi dalam inisiatif saringan COVID-19
MyEG pada Rabu berkata portal sehenti dan sijil digitalnya merupakan satu inisiatif swasta untuk menyediakan opsyen yang lebih mudah kepada majikan Malaysia bagi menguruskan perkara yang berkaitan dengan saringan COVID-19. - Gambar Fail
MY E.G. Services Bhd (MyEG) menjelaskan bahawa ia tidak memeterai kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam pelancaran portal sehenti bagi majikan untuk menguruskan pemeriksaan COVID-19 ke atas tenaga kerja mereka.
MyEG dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Rabu berkata portal sehenti dan sijil digitalnya merupakan satu inisiatif swasta untuk menyediakan opsyen yang lebih mudah kepada majikan Malaysia bagi menguruskan perkara yang berkaitan dengan saringan COVID-19.
Ini termasuk melibatkan perkhidmatan MyEG untuk membantu menentukan kelayakan pekerja bagi Program Saringan Prihatin (PSP), dan seterusnya mengatur ujian di premis perniagaan majikan itu sendiri oleh klinik-klinik yang menjadi panel Perkeso.
"Dalam hubungan ini, Perkeso bukan rakan kongsi langsung dalam inisiatif ini," kata MyEG, sebagai tindak balas kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Perkeso hari ini yang menyatakan bahawa ia tidak membentuk apa-apa kerjasama dengan MyEG membabitkan pelaksanaan PSP.
MyEG juga menjelaskan bahawa Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, pada 8 Mei lepas melahirkan sokongannya terhadap inisiatif MyEG untuk melancarkan portal sehenti dan sijil digital yang berkaitan dengan PSP bagi membolehkan jabatan itu memantau pematuhan dan membantu tindakan penguatkuasaan dengan langkah pelaksanaan yang lebih terperinci bakal dilaksanakan.
"Selepas selesai ujian, sijil ujian digital, yang diiktiraf oleh jabatan itu, akan dikeluarkan untuk tujuan pemantauan dan penguatkuasaan, selaras dengan keperluan yang ditetapkan oleh kerajaan ke atas perniagaan yang beroperasi semasa pandemik COVID-19," katanya lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#COVID-19
#kerajaan
#keselamatan
#koronavirus
#MY E G Services Bhd
#MyEG
#perkeso
#Pertubuhan Keselamatan Sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan