awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas FRU: Semua mangsa dibenar keluar hospital - Polis

Bernama
Bernama
30/05/2025
13:33 MYT
Nahas FRU: Semua mangsa dibenar keluar hospital - Polis
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata dua mangsa yang terakhir berada di HTI, iaitu Sarjan Mazlan Mat, 50, dan Koperal Mohd Izwan Ishak, 39, dibenarkan pulang kira-kira 6 petang tadi. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Kesemua anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Teluk Intan (HTI) dan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini akibat kemalangan di Teluk Intan 13 Mei lepas dibenarkan pulang hari ini.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata dua mangsa yang terakhir berada di HTI, iaitu Sarjan Mazlan Mat, 50, dan Koperal Mohd Izwan Ishak, 39, dibenarkan pulang kira-kira 6 petang tadi.
"Seorang lagi mangsa, Koperal Haslizal Mohd Ali, 44, yang menerima rawatan di hospital sama telah dibenarkan pulang pada 28 Mei manakala Koperal Syed Isfan Syed Mohammad, 32, yang menerima rawatan di HRPB pula dibenarkan pulang semalam.
"Terima kasih semua atas sokongan dan bantuan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kejadian 13 Mei lepas, sembilan anggota maut manakala sembilan lagi cedera selepas trak FRU dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan semasa dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Sungai Senam di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas FRU
#anggota FRU
#keluar hospital
#Polis Daerah Hilir Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan