awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NAIAS: Volvo S60 Cross Country

Astro Publication
Astro Publication
14/01/2015
03:37 MYT
NAIAS: Volvo S60 Cross Country
Volvo antara jenama yang mempunyai tabiat untuk mengubah industri automotif. Tidak perlu bicara soal keselamatan kerana aspek inilah di mana ia sudah lama membina imej yang mantap; tetapi lihat juga bagaimana Volvo secara konsisten menjadikan beberapa segmen menjadi lebih popular; khususnya bagi wagon dan SUV. Dan di NAIAS (North American International Auto Show), Volvo sekali lagi cuba untuk membuat perubahan besar dengan memperkenalkan model terbaharu mereka – S60 Cross Country. Di dalam segmen manakah model ini berada? Sebenarnya ia adalah sebuah sedan, dengan ciri-ciri rekaan yang menjadikannya lebih ‘rugged’, sepertimana wagon-wagon Cross Country Volvo terdahulu (seperti V70 Cross Country). Tidak keterlaluan jika kami katakan bahawa konsep ini sudah lama popular di Malaysia – lihat sahaja (antaranya) Wira, Iswara dan Kancil yang dijongket tinggi dengan tayar besar serta binaan suspensi dipanjangkan.
(Klik sini untuk galeri penuh)
Untuk S60 Cross Country ini, ketinggian dinaikkan sebanyak 65mm untuk keempat-empat roda yang bersambung kepada sistem pacuan semua roda Volvo. Namun begitu, di beberapa pasaran – seperti United Kingdom – varian dengan pilihan pacuan roda hadapan juga akan diperkenalkan. Saiz tayar adalah pilihan antara 18 inci dan 19 inci. Enjin yang digunakan buat masa terdekat adalah jenis diesel D4 (pacuan hadapan) yang menghasilkan 190hp dan menggunapakai teknologi Drive-E. Untuk pacuan semua roda, enjin (diesel) digunakan adalah dengan kapasiti 2.5 liter daripada 5-silinder. Harga hanya akan diberitahu apabila tempahan mula dibuka, dan itu dijangka akan bermula suku ke-2 tahun ini. Belum diketahui sama ada ia akan diimport serta dijual oleh Volvo Car Malaysia Sdn. Bhd., pengedar sah Volvo di Malaysia.
Topic Berkaitan
# Cross Country
# Drive-E
# S60
#Volvo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan