awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib dan Rosmah tidak berlepas dari LTAAS, tiada arahan tahan - Polis

Firdaus Azil
Firdaus Azil
12/05/2018
03:55 MYT
Najib dan Rosmah tidak berlepas dari LTAAS, tiada arahan tahan - Polis
pasukan beruniform di lapangan tersebut merupakan Pasukan Light Strike Force (LSF) untuk mengawal orang ramai dan bukan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din mengesahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tidak menaiki mana-mana penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah (LTAAS), hari ini.
Selain itu, beliau turut menolak dakwaan bahawa polis menerima arahan untuk menahan Datuk Seri Najib atau menghentikan pergerakan bekas Perdana Menteri itu.
"Pihak polis tidak menerima apa-apa arahan untuk menahan Datuk Seri Najib.
"Mana-mana rakyat Malaysia yang ingin keluar atau memasuki negara harus mendapat kebenaran dari pihak imigresen.
"Mereka yang tidak ada urusan sama ada sebagai penumpang di kawasan ini dan sebagainya bolehlah beredar dari kawasan ini. Ini bagi mengelakan kesesakan jalan dan menimbulkan kesukaran kepada penumpang.
"Seperti yang diperhatikan, sebenarnya orang lain di dalam pesawat yang berlepas tadi dan mereka adalah warganegara asing," katanya di perkarangan LTAAS di Subang.
BACA: Media berkumpul di Subang Skypark susulan desas-desus Najib tinggalkan negara
BACA: Dilarang ke luar negara, Najib akur
Selain itu tegasnya pasukan beruniform di lapangan tersebut merupakan Pasukan Light Strike Force (LSF) untuk mengawal orang ramai dan bukan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Hanya pegawai immigresen mempunyai kuasa untuk menghalang atau membenarkan mana-mana rakyat Malaysia yang ingin keluar atau memasuki negara ini.
Topic Berkaitan
#bekas
#FRU
#Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah
#LSF
#LTAAS
#Najib Tun Razak
#Pasukan Light Strike Force
#Pasukan Simpanan Persekutuan
#Perdana Menteri
#Rosmah Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan