awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib lebih suka terima derma daripada kerabat Arab Saudi

Bernama
Bernama
04/02/2020
09:30 MYT
Najib lebih suka terima derma daripada kerabat Arab Saudi
Najib berkata, beliau lebih selesa jika tidak menerima sumbangan korporat kerana tidak mahu terhutang budi kepada sesiapa. - Gambar fail
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau lebih suka menerima derma daripada kerabat Arab Saudi berbanding penderma tempatan.
Ahli Parlimen Pekan berusia 67 tahun itu berkata, beliau lebih selesa jika tidak menerima sumbangan korporat kerana tidak mahu terhutang budi kepada sesiapa.
"Sebagai Presiden UMNO ketika itu, saya mahukan sumber pendapatan yang menjadikan saya bebas daripada penderma lain, itu bermakna bahawa saya tidak mempunyai IOU (I owe you atau saya berhutang dengan anda) dengan sesiapa saja," kata bekas menteri kewangan itu ketika pemeriksaan balas oleh peguamnya, Harvinderjit Singh.
Najib juga berkata, derma RM2.6 bilion daripada kerabat Arab Saudi itu adalah bagi memastikan “kebebasan” dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Kepada soalan lain, Najib berkata, idea untuk membuka akaun dengan AmBank pada 2010 berasal daripada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau Low Taek Jho, untuk menerima sejumlah wang yang besar daripada kerabat Arab Saudi.
Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini menamatkan pemeriksaan balasnya terhadap Najib.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali kemudian membenarkan Najib, yang memberi keterangan sejak 3 Disember tahun lepas, meninggalkan kandang saksi.
Najib memberikan keterangan bagi membela dirinya yang berdepan tujuh pertuduhan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd sebanyak RM42 juta, iaitu tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalah guna kuasa membabitkan dana SRC.
Perbicaraan di hadapan Mohd Nazlan bersambung. - Bernama
Topic Berkaitan
#ambank
#Arab Saudi
#Muhammad Shafee Abdullah
#Najib Razak
#PRU13
#SRC International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan