awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib mahu bertemu pengikut Twitter beliau yang kesejuta

Bernama
Bernama
20/11/2012
06:37 MYT
Najib mahu bertemu pengikut Twitter beliau yang kesejuta
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyatakan hasrat untuk bertemu pengikut Twitter beliau yang kesejuta selepas jumlah pengikutnya melepasi jumlah itu setakat ini.
Sambil menyifatkan sokongan itu sebagai saat yang istimewa bagi dirinya di laman Twitter, Najib turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang setia menjadi pengikut Twitternya selama ini.
"Bilangan pengikut Twitter saya mencecah satu juta malam tadi. Saat yang istimewa bagi saya di Twitter. Terima kasih kepada semua," katanya di laman Twitter sebentar tadi.
Perdana Menteri berkata berikutan itu, beberapa pengikutnya Twitternya menyarankan kepadanya supaya mengenal pasti dan bertemu pengikut kesejuta berkenaan.
"Tadi saya telah minta supaya pengikut Twitter kesejuta saya dikenal pasti. Saya harap dapat berjumpa nanti. Kita 1Malaysia," katanya.
Semakan di laman Twitter beliau di @NajibRazak sehingga pukul 1 tengah hari ini menunjukkan bilangan pengikutnya mencecah 1,001,869 orang.
Sebelum ini Najib pernah menyatakan hasrat untuk bertemu dan minum petang bersama pengikut Twitter dan Facebook perdana menteri yang ke 500,000 dan kesejuta pada satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.
Katanya pertemuan itu sebagai tanda terima kasih beliau terhadap sokongan rakan media sosialnya sepanjang tiga tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri.
Topic Berkaitan
#bertemu pengikut twitter kesejuta
#Datuk Seri Najib Razak
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan