awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib, Muhyiddin cari formula terbaik selesaikan krisis MIC

Bernama
Bernama
30/01/2015
13:43 MYT
Najib, Muhyiddin cari formula terbaik selesaikan krisis MIC
Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn di sini, hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mencari formula terbaik dalam usaha menyelesaikan kemelut MIC.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menarik perhatian bahawa MIC telah menerima saranannya supaya pihak bertelagah menghormati moratorium untuk sementara.
"MIC merupakan rakan kita yang penting dalam Barisan Nasional. Kita memerlukan sebuah MIC yang kukuh dan boleh bantu kita dalam semua aspek," katanya kepada pemberita hari ini.
Najib yang juga Presiden UMNO berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
"Kita tengah tengok formula yang baik-baik," tegas Najib.
Perbezaan pendapat timbul dalam MIC berikutan arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada Disember lalu supaya parti itu mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 anggota jawatankuasa pusat (CWC).
ROS mengarahkan pemilihan semula dilakukan susulan dakwaan wujud penyelewengan dan perbuatan salah laku yang melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan dalam pemilihan yang diadakan semasa perhimpunan agung parti itu di Melaka pada November 2013.
Topic Berkaitan
#MIC
#Muhyiddin
#Najib Razak
#Pendaftar Pertubuhan
#ros
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan