awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib umum enam Pengerusi baharu Badan Perhubungan Umno Negeri

Bernama
Bernama
26/07/2013
13:37 MYT
Najib umum enam Pengerusi baharu  Badan Perhubungan Umno Negeri
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan enam pengerusi baharu Badan Perhubungan Umno Negeri iaitu Perlis, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka dan Johor.
Pelantikan dan pengumuman Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri dan Timbalannya diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini hari ini.
Selain itu, beliau berkata MT bersetuju supaya pentadbiran Umno bahagian Sungai Petani dan Padang Serai di Kedah dikembalikan semula kepada pentadbiran Umno bahagian masing-masing.
Keputusan itu berikutan permohonan Badan Perhubungan Umno Kedah supaya pengurusan pentadbiran bahagian Sungai Petani diserahkan semula kepada ketuanya, Ali Yahya manakala Padang Serai kepada pemangku ketua bahagian, Halim Hassan.
Bahagian Sungai Petani berdepan masalah dalaman sejak 2010 manakala Padang Serai mulai awal tahun lepas, menyebabkan pentadbiran kedua-duanya diambil alih badan perhubungan negeri.
Umno
Senarai Ketua Perhubungan Umno
Topic Berkaitan
#Badan Perhubungan Negeri
#majlis tertinggi
#najib
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan