awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib umum lima inisiatif baharu perkasa MARA

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
04/04/2016
09:50 MYT
Najib umum lima inisiatif baharu perkasa MARA
Najib turut mengumumkan penukaran nama Yayasan Pelajaran MARA kepada Yayasan MARA dengan dana terkumpul setakat ini RM800 juta dan penukaran Jalan Semarang kepada Jalan Mara. - Foto Bernama
Agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan dipastikan akan terus wujud sekiranya UMNO terus diberi peluang memerintah di dalam negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau yang berucap pada Majlis Sambutan Perdana 50 Tahun MARA di Dewan Utama, MENARA MARA di sini, hari ini turut mengumumkan lima inisiatif baharu bagi memperkasakan agensi itu.
Antaranya, kesemua anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA), dengan nilai semasa sebanyak RM1.4 bilion, akan diletakkan di bawah satu syarikat induk, iaitu MARA Corporation Bhd.
Beliau turut mengumumkan penukaran nama Yayasan Pelajaran MARA kepada Yayasan MARA dengan dana terkumpul setakat ini RM800 juta dan penukaran Jalan Semarang kepada Jalan Mara.
Najib juga mengumumkan penubuhan Rural Capital Berhad bagi terus membentuk komuniti usahawan yang maju dan berdaya saing, disamping memberi perkhidmatan bantuan pinjaman.
Sebuah universiti yang dinamakan sebagai UniMARA juga akan ditubuhkan, bagi membantu pembangunan modal insan menerusi MARA, kata Najib.
Langkah penstrukturan tersebut bertujuan memastikan MARA terus kekal relevan dan berdiri teguh dalam mengangkat martabat bangsa.
"Tanpa UMNO, MARA akan terkubur. Kalau MARA terkubur, Melayu dan bumiputera mungkin akan tersungkur. Sebab itulah walau bagaimanapun keadaan, kita mesti menjaga UMNO.
"Jangan duduk sebaris dengan orang yang hendak mengkhianati UMNO. Jangan bersekongkol dengan mereka.
"Kita kena mempertahankan UMNO, kerana mempertahankan UMNO adalah mempertahankan Melayu dan bumiputera," kata Najib.
Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Ismail Sabri
#Majlis Amanah Rakyat
#MARA
#Mohamed Nazri Abdul Aziz
#Najib Tun Abdul Razak
#Rural Capital Berhad
#UniMara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan