awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Watikah pencalonan tidak akan ditandatangani jika cabang PKR lemah - Anwar
Enam terbunuh, dua cedera dalam serangan Israel ke atas Lubnan
IRGC dakwa jatuhkan lagi sebuah pesawat AS C-130 di Isfahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NASA lancar Artemis II, misi kru pertama mengelilingi bulan dalam lebih 50 tahun

Astro AWANI
Astro AWANI
01/04/2026
21:54 MYT
NASA lancar Artemis II, misi kru pertama mengelilingi bulan dalam lebih 50 tahun
Angkasawan (dari kiri) Pakar Misi Jeremy Hansen dari Kanada, Juruterbang Victor Glover, Komander Reid Wiseman dan Pakar Misi Christina Koch ketika bergambar bersama. - Foto AP
Misi angkasa Artemis II milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berjaya dilancarkan dari negeri Florida pada Rabu, membawa empat angkasawan dalam perjalanan bersejarah mengelilingi bulan, sekali gus menandakan kali pertama manusia meninggalkan orbit rendah bumi dalam tempoh lebih lima dekad.
Pelancaran itu merupakan langkah penting dalam rancangan jangka panjang NASA untuk membawa semula manusia ke bulan dan seterusnya menghantar angkasawan ke planet Marikh pada masa hadapan.
Artemis II sebelum ini berdepan dua penangguhan besar yang menyebabkan misi itu dilewatkan daripada jadual asal pelancaran awal tahun 2026.
Misi ini bukan bertujuan untuk mendarat di bulan, sebaliknya bertindak sebagai penerbangan pengesahan sistem.
Sepanjang misi, NASA akan menguji sistem sokongan hayat, navigasi, komunikasi serta prestasi keseluruhan kapal angkasa Orion dalam persekitaran angkasa lepas yang jauh, dengan kehadiran kru di dalamnya.
Ujian sedemikian tidak dapat dilakukan sepenuhnya di bumi dan dianggap kritikal bagi memastikan keselamatan serta keberkesanan misi-misi penerokaan angkasa lepas yang lebih mencabar pada masa hadapan.
NASA menyifatkan kejayaan Artemis II sebagai detik penting dalam membuka laluan kepada penerokaan manusia yang lebih mendalam di luar orbit bumi, sekali gus menghidupkan semula era penerokaan angkasa lepas selepas lebih setengah abad.
Topic Berkaitan
#NASA
#Artemis II
#bulan
#Marikh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan