awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NASA Space Apps Sarawak dilancarkan

Bernama
Bernama
18/08/2023
22:50 MYT
NASA Space Apps Sarawak dilancarkan
Francis bergambar dengan pelajar sekolah pada pelancaran dan persembahan dalam kunjungan (road show) aplikasi The United States NASA di Swinburne Universiti Sarawak, Kuching, 18 Ogos 2023. --fotoBERNAMA
KUCHING: Edisi ketiga 'NASA Space Apps Sarawak', sebuah acara hackathon global dianjurkan Bahagian Bumi dan Sains Angkasa, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat dengan Kerajaan Sarawak sebagai penganjur tempatan, dilancarkan semalam.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Francis Harden Hollis berkata acara tahun ini menyasarkan sekurang-kurangnya 3,000 peserta terdiri daripada pelajar berusia 13 tahun dan ke atas, dengan misi menyediakan peluang kepada mereka menerokai sains bumi dan angkasa, membangunkan bakat menyelesaikan masalah dan menggalakkan minat dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
"Kami mahu cuba meraih lebih ramai penyertaan di kawasan pedalaman dan pinggir bandar supaya lebih ramai daripada mereka terdedah dan berminat kepada pendidikan sains.
"Ini selari dengan usaha kerajaan negeri untuk mencapai 60 peratus pelajar dalam STEM menjelang 2030," katanya dalam sidang media pelancaran acara itu di sini, semalam.
Beliau berkata sejak diadakan kali pertama pada 2021, acara itu telah menarik minat lebih 2,500 peserta dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan universiti, bagaimanapun, fokus ketika itu ialah di kawasan seperti Kuching, Bintulu, Sibu dan Miri.
Katanya, penyertaan sulung Sarawak dalam acara antarabangsa melibatkan 162 negara itu membuahkan kejayaan apabila pasukan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu, Change Maker, memperoleh kedudukan 10 terbaik bagi anugerah Kegunaan Terbaik Teknologi, manakala pasukan daripada SMK Pujut Miri mara ke peringkat akhir global.
Harden berkata Change Maker menerima anugerah itu hasil ciptaan aplikasi mobil inovatifnya yang membolehkan pemilik rumah memantau output eletrik dan menganggarkan penjimatan panel solar menggunakan data meteorologi NASA.
Sementara itu SMK Pujut Miri mempertandingkan permainan berpapan bertema angkasa yang menggabungkan seni bina angkasa dan cabaran.
Sebagai penghargaan kepada pencapaian Change Maker, beliau berkata kementeriannya telah menaja lawatan mereka ke ibu pejabat NASA di Washington DC awal tahun ini, bertujuan memberi inspirasi kepada lebih ramai bakat untuk menghasilkan perubahan berimpak kepada komuniti.
Bagi acara tahun ini yang bertemakan 'Explore Open Science Together' atau 'terokai sains terbuka bersama', beliau berkata pihak penganjur Sarawak akan mengadakan jerayawara ke 50 sekolah di negeri ini meliputi kawasan pinggir bandar dan pedalaman seperti Bau, Mukah, Sarikei, Sri Aman, Saratok dan Baram.
Beliau berkata jerayawara itu akan mempromosikan kolaborasi amalan saintifik yang menggalakkan penyertaan, perkongsian ilmu dan impak global, seperti penerangan mengenai Teleskop Angkasa James Webb, selain melibatkan pelajar dengan aktiviti amali.
"Penyertaan ini memberi peluang unik kepada pelajar untuk memulakan 'perjalanan' NASA Space Apps Sarawak mereka, yang disertakan dengan imbuhan dan hadiah menarik," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NASA Space Apps Sarawak
#Francis Harden Hollis
#STEM
#pelajar sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan