awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nazir Razak bawa teksi airasia ride, 4 jam dapat RM67

Dagang News
Dagang News
17/09/2021
00:00 MYT
Nazir Razak bawa teksi airasia ride, 4 jam dapat RM67
Nazir menjadi pemandu airasia ride pada 31 Ogos lalu. -Gambar airasia ride
KUALA LUMPUR: Sejak perkhidmatan e-panggilan terbaharu airasia ride dilancarkan kurang dari sebulan lepas, lebih 5,000 permohonan pemandu telah diterima termasuklah dari tokoh terkemuka perbankan seperti Datuk Seri Nazir Razak, yang baru-baru ini meluangkan masa selama satu hari untuk merasai pengalaman sebagai pemandu airasia ride.
Pada 31 Ogos lalu, Nazir memulakan misinya untuk memandu seberapa ramai penumpang yang boleh dalam tempah masa 4 jam bertugas sebagai pemandu airasia ride.
Sambil memandu, beliau meluangkan masa bersama-sama rakyat Malaysia bersembang mengenai Kemerdekaan, negara Malaysia, tip kewangan dan mengimbas kembali impian bapa beliau untuk negara kita serta situasi semasa (jika ada yang lupa — bapa beliau adalah Tun Razak, Perdana Menteri kedua Malaysia).
Bukan itu sahaja, Pengerusi Eksekutif AirAsia Group, Datuk Kamarudin Meranun juga dapat merasi pengalaman dipandu oleh Nazir dalam perjalanan beliau ke rumah.
Nazir, semasa mengimbas pengalaman beliau bertugas pada Hari Kebangsaan sebagai seorang pemandu airasia ride berkata, “Pengalaman ini amat menyeronokkan!
''Pemanduan selama 4 jam membolehkan saya memperolehi RM67 (tanpa tip) dan jika saya bekerja sepenuh masa, saya mungkin dapat memperoleh pendapatan antara RM200 dan RM250 sehari.
"Saya juga berasa teruja untuk bertemu dengan ramai penumpang dan bersembang dengan mereka.
“Jika saya mempunyai masa lapang, saya pasti akan meminta Tan Sri Tony untuk membenarkan saya memandu lagi untuk merasai pengalaman meraih pendapatan dan tip untuk perkhidmatan terbaik selain menikmati perbualan yang menarik,'' katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh airasia ride semalam.
Selain Lembah Klang, airasia ride telah berkembang ke Langkawi bermula 16 September dan perkhidmatan e-panggilan ini juga akan dilancarkan ke bandar-bandar lain di seluruh Malaysia pada masa hadapan.
*Berita asal di DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Nazir Razak
#airasia ride
#Kamarudin Meranun
#perkhidmatan e-panggilan terbaharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan