awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara Teluk, Asia dibimbangi jadi 'syurga' pengganas baharu - Hishammuddin

Bernama
Bernama
20/11/2021
14:24 MYT
Negara Teluk, Asia dibimbangi jadi 'syurga' pengganas baharu - Hishammuddin
Hishammuddin berkata Negara-Negara Teluk dan Asia harus mencari persamaan dan memupuknya merentasi pelbagai sektor sebagai dua rantau yang dihubungkan oleh begitu banyak persamaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Negara-Negara Teluk dan Asia perlu waspada dalam memerangi ekstremisme serta tidak harus mengalihkan pandangan daripada peperangan ini, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata perkembangan di Afghanistan mungkin menjadi pencetus semangat kepada kumpulan militan yang tidak aktif di Asia Tenggara sekali gus menimbulkan kebimbangan bahawa kedua-dua rantau akan menjadi syurga buat pengganas yang mencari pangkalan baharu.
Hishammuddin berkata ketika dunia menumpukan perhatian kepada peperangan menentang COVID-19, tindakan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa keganasan dan ekstremisme sudah tidak begitu penting namun kerajaan di seluruh dunia tidak harus membiarkan perkara ini mengaburi pandangan mereka serta membuai mereka dengan rasa selamat yang palsu.
"Ketika puak pelampau ini merasakan perhatian kita telah teralih maka pada saat itulah mereka akan bertindak memperhebat niat jahat mereka," katanya dalam ucapan yang disampaikan secara maya pada Sesi Pleno Kedua Dialog Manama anjuran Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISS) yang berlangsung di Bahrain hari ini.
Turut hadir Menteri Hal Ehwal Luar Negeri bagi Kerajaan Arab Saudi Putera Faisal Farhan Al Saud, Penasihat Keselamatan Negara bagi United Kingdom Sir Stephen Lovegrove dan Ketua Pengarah merangkap Ketua Eksekutif ISS Dr John Chipman.
Hishammuddin juga berkata kedua-dua rantau berpeluang menempa masa depan yang lebih baik bersama-sama dalam landskap global baharu apabila dunia beralih ke fasa endemik.
Beliau berkata Negara-Negara Teluk dan Asia harus mencari persamaan dan memupuknya merentasi pelbagai sektor sebagai dua rantau yang dihubungkan oleh begitu banyak persamaan.
"Kita perlu bekerja keras ketika ini dalam usaha menjamin masa depan yang kita inginkan untuk anak cucu kita. Kita perlu melakukannya untuk diri sendiri demi membina asas yang kukuh buat wawasan masa depan bersama ini.
"Kita harus mampu melakar nasib sendiri secara bersama. Kita harus mengelak daripada ditarik ke arah yang berbeza dan menempa keunikan dalam wawasan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#negara teluk
#Asia
#syurga pengganas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan