awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar IPG lemas: Keluarga mangsa tuntut laporan menyeluruh, telus
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara Teluk pintas peluru berpandu balistik, dron Iran

Bernama
Bernama
23/03/2026
08:10 MYT
Negara Teluk pintas peluru berpandu balistik, dron Iran
Kementerian Pertahanan Saudi memaklumkan ia telah memintas dan memusnahkan empat dron di Wilayah Timur. - Gambar fail

Arab Saudi, UAE, dan Kuwait pada Isnin menyatakan bahawa mereka telah memintas peluru berpandu balistik dan dron yang dilancarkan dari Iran, ketika perang Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Tehran memasuki hari ke-24, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam kenyataan berasingan, Kementerian Pertahanan Saudi memaklumkan ia telah memintas dan memusnahkan empat dron di Wilayah Timur, selain memintas satu peluru berpandu balistik yang dilancarkan ke arah ibu negara Riyadh, manakala satu lagi peluru berpandu jatuh di "kawasan tidak berpenghuni."

Tentera Kuwait dalam kenyataan berkata ia telah menangkis serangan peluru berpandu dan dron yang dilancarkan dari Iran, tanpa memberikan butiran lanjut.

Kementerian Pertahanan UAE juga menyatakan dalam dua kenyataan berasingan bahawa ia telah memintas serangan peluru berpandu dan dron Iran, tanpa mendedahkan jumlahnya. Abu Dhabi dalam satu kenyataan berkata seorang warga India mengalami kecederaan ringan selepas serpihan jatuh susulan pemintasan peluru berpandu balistik di kawasan Al Shamkha.

Ketegangan serantau terus memuncak sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb, yang setakat ini telah membunuh lebih 1,300 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu Ali Khamenei.

Iran telah membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, bersama-sama Jordan, Iraq, dan negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS, sehingga menyebabkan kematian serta kerosakan infrastruktur selain mengganggu pasaran global dan penerbangan.

-- BERNAMA-ANADOLU

Topic Berkaitan
#Iran
#Arab Saudi
#Kuwait
#UAE
#peluru berpandu balistik
#dron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan