awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan maut dua bot bertembung di muara sungai

Bernama
Bernama
04/04/2026
05:58 MYT
Nelayan maut dua bot bertembung di muara sungai
Kemalangan itu menyebabkan bot dinaiki mangsa mengalami kerosakan dan pecah pada bahagian hadapan. - Gambar/ PDRM
Seorang nelayan maut selepas bot gentian kaca dinaikinya bertembung dengan sebuah lagi bot lain muara Kuala Sungai Mangkok di sini pagi tadi.
Mangsa Mohd Adli Zakaria, 53, meninggal dunia selepas tercampak ke bahagian belakang bot akibat kemalangan itu dan tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Setiu Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata kejadian berlaku pada 6.15 pagi apabila bot dipandu Tengku Anuar Tengku Mohamed, 55, bertembung dengan bot dinaiki nelayan Anuar Che Karim, 60 tahun.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa dan rakannya dari jeti Kampung Baru Penarik keluar untuk memukat udang di laut perairan Setiu sebelum bot mereka berlanggar dengan bot dari laluan bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Zain berkata kemalangan menyebabkan bot dinaiki mangsa mengalami kerosakan dan pecah pada bahagian hadapan.
Beliau berkata Tengku Anuar telah membawa mangsa pulang ke jeti dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas.
Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nelayan meninggal dunia
#bot nelayan bertembung
#kemalangan bot nelayan
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan