awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nga Kor Ming sumbang sebulan gaji kepada pemenang Anugerah AiPSA

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
10/11/2023
15:38 MYT
Nga Kor Ming sumbang sebulan gaji kepada pemenang Anugerah AiPSA
Nga Kor Ming menyumbang sebulan gajinya sebagai hadiah kepada pemenang-pemenang Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AiPSA) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Nov 2023. - Foto X/@NgaKorMing
KUALA LUMPUR : Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming menyumbang sebulan gajinya sebagai hadiah kepada pemenang-pemenang Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AiPSA) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Nov 2023.
Beliau memaklumkan perkara itu selepas mesyuarat kabinet yang berlangsung pada Jumaat.
"Semasa mesyuarat pasca kabinet petang ini, saya telah memberi satu bulan gaji saya kepada kakitangan KPKT yang berjaya memenangi kategori tertinggi AiPSA sebagai pengiktirafan atas jasa dan bakti mereka.
"Malaysia Madani, pemimpin dan rakyat berpisah tiada," katanya menerusi laman sosial X.
Terdahulu KPKT melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah melakar sejarah apabila inovasi peranti Audio Frequency Intercept System (AFIS) berjaya menjadi johan, sekali gus membawa pulang ganjaran wang tunai RM1 juta, trofi dan sijil pada pertandingan AIPSA 2023.
"Inovasi peranti Audio Frequency Intercept System (AFIS) turut dinobatkan sebagai johan (Trek Keselamatan dan Pentadbiran) bagi Anugerah Inovasi Sektor Awam (AInSA) 2023.
"Di samping itu juga, KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) turut merangkul Johan (Trek Ekonomi) bagi Anugerah Inovasi Sektor Awam (AInSA) 2023 melalui PBTPay-Inovasi Gerbang ePembayaran Berpusat Sektor Awam yang menawarkan hadiah kemenangan masing-masing berjumlah RM200,000, trofi dan sijil," memetik siaran media KPKT sebelum ini.
Topic Berkaitan
#AiPSA
#KPKT
#Nga Kor Ming
#anugerah
#Inovasi Kakitangan Awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan