awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NIOSH tawar kepakaran bantu tingkat keselamatan pengangkutan awam negara

Bernama
Bernama
06/11/2024
20:10 MYT
NIOSH tawar kepakaran bantu tingkat keselamatan pengangkutan awam negara
NIOSH mempunyai pelbagai kemudahan penyelidikan di bawah Pusat Penilaian dan Teknologi Kawalan KKP termasuk Makmal Kejuruteraan Forensik bagi mengenal pasti punca sebenar insiden renjatan elektrik. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) bersedia membantu kerajaan meningkatkan keselamatan dalam sektor pengangkutan awam termasuk mengatasi isu risiko renjatan elektrik.
NIOSH menawarkan kesediaan itu susulan insiden tragik yang mengorbankan seorang remaja lelaki akibat terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbit pada soket sebuah bas ekspres di Penang Sentral, Butterworth, Pulau Pinang pada 1 Nov lepas.
"Sebagai agensi Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang bertanggungjawab menyediakan pelbagai khidmat latihan, rundingan, penyelidikan dan pembangunan serta penyebaran maklumat berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP), NIOSH mempunyai kepakaran, pengalaman dan kemudahan untuk menangani isu berkenaan termasuk membantu pasukan siasatan khas yang telah ditubuhkan oleh Kementerian Pengangkutan.
"Penglibatan NIOSH juga selari dengan usaha KESUMA untuk mengurangkan kemalangan serta penyakit melibatkan pekerja dan orang lain di tempat kerja, sebagaimana yang digariskan di bawah Pelan Induk KKP 2021-2025," menurut kenyataan NIOSH pada Rabu.
Berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022, pengangkutan awam seperti bas yang berfungsi sebagai entiti perniagaan dikategorikan sebagai tempat kerja.
Kenyataan itu turut memaklumkan NIOSH mempunyai pelbagai kemudahan penyelidikan di bawah Pusat Penilaian dan Teknologi Kawalan KKP termasuk Makmal Kejuruteraan Forensik bagi mengenal pasti punca sebenar insiden dan memberi cadangan penambahbaikan.
Agensi berkenaan pada masa sama turut menasihati pengendali pengangkutan awam termasuk syarikat dan pemandu untuk melaksanakan langkah-langkah KKP, seperti penilaian risiko terhadap aktiviti, kemudahan dan peralatan bagi memastikan keselamatan semua pihak yang terlibat.
"Majikan juga boleh mendapatkan bantuan pakar NIOSH untuk melaksanakan program kesedaran dan latihan keselamatan elektrik bagi meningkatkan kefahaman pekerja dan orang ramai mengenai risiko dan langkah-langkah pencegahan kemalangan elektrik," menurut kenyataan itu.
Selain itu, anak syarikat NIOSH Certification Sdn Bhd pula menawarkan pensijilan ISO untuk sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang boleh membantu industri memenuhi piawaian antarabangsa bagi operasi lebih selamat dan berkesan.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NIOSH
#keselamatan pengangkutan awam
#pasukan siasatan khas
#renjatan elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan