awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nombor plat FF1 bernilai RM1.2 juta milik Sultan Johor

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
11/06/2023
05:56 MYT
Nombor plat FF1 bernilai RM1.2 juta milik Sultan Johor
Nombor plat kenderaan itu dipersembahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke semasa menghadap baginda di sini, hari ini. - Gambar/ Royal Press Office
JOHOR BAHRU: Nombor plat kenderaan FF 1 iaitu turutan nombor baharu bagi Putrajaya menjadi milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Kenyataan di Facebook rasmi baginda memaklumkan, nombor itu dibida baginda dengan tawaran tertinggi.
Nombor plat kenderaan itu dipersembahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke semasa menghadap baginda di sini, hari ini.
Sementara itu, Loke menerusi perkongsian di Facebooknya pada Sabtu, memaklumkan plat FF 1 itu bernilai RM1.2 juta.
“Pagi tadi, saya mengadap DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim untuk mempersembahkan secara simbolik nombor plat FF 1 kepada Tuanku yang merupakan pemilik nombor khas unik tersebut.
“Tuanku telah perkenan untuk membayar kepada kerajaan sebanyak RM1.2 juta untuk nombor khas tersebut. Untuk rekod, bayaran RM1.2 juta merupakan nilai tertinggi yang pernah dikutip setakat ini oleh kerajaan untuk pendaftaran satu nombor plat kenderaan,” katanya.
Pada 2016, Sultan Johor dilaporkan memenangi bidaan nombor plat kenderaan F1 dengan nilai bidaan RM836,660 bagi turutan nombor baharu bagi Putrajaya.
Selepas itu, pada Ogos tahun sama, baginda memenangi bidaan untuk nombor plat V1 dengan nilai RM989,780.
Mengulas lanjut, Anthony berkata, bayaran yang diterima itu juga menjadikan jumlah kutipan hasil kerajaan untuk nombor siri FF meningkat kepada RM35.4 juta.
Topic Berkaitan
#FF 1
#Sultan Johor
#nombor plat kenderaan
#Anthony Loke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan