awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40 peratus hasil Sabah: Kerajaan Negeri hormati keputusan Mahkamah Rayuan, harap rundingan diteruskan - Hajiji
AirAsia kurangkan kapasiti, kawal kos dan semak naik tambang susulan tekanan harga bahan api
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Norhizam dilantik Ketua Polis Daerah Sepang

Bernama
Bernama
08/11/2024
08:45 MYT
Norhizam dilantik Ketua Polis Daerah Sepang
Sasikala (tengah) menyaksikan penyerahan tongkat kuasa daripada Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Shan Gopal Krishnan (kiri) kepada Ketua Polis Daerah Sepang yang baharu ACP Norhizam Bahaman hari ini. - Foto BERNAMA
SEPANG: Pegawai Turus Pendataan/Analisa, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Selangor ACP Norhizam Bahaman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sepang yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas antara Norhizam dengan Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang Supt Shan Gopal Krishnan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini hari ini, disaksikan Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi.
Dalam ucapannya, Norhizam menggesa semua anggota dan pegawai di IPD Sepang melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik untuk masyarakat.
"Tugas dan tanggungjawab ini adalah besar dan saya berterima kasih kepada pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia yang memberi kepercayaan untuk memimpin daerah ini.
"Saya mahu semua lapisan anggota dan pegawai bersama-sama menggembleng usaha dan memberi kerjasama padu untuk masyarakat," katanya.
Norhizam, 52, dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan telah berkhidmat selama 29 tahun dalam PDRM dan pernah memegang beberapa jawatan penting termasuk Ketua Bahagian Pengurusan IPD Putrajaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Norhizam Bahaman
#dilantik
#Ketua Polis Daerah Sepang
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan