awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#Nothing2Hide: Tun Mahathir dijangka hadir Dialog PM Bersama NGO esok

Astro Awani
Astro Awani
04/06/2015
07:02 MYT
#Nothing2Hide: Tun Mahathir dijangka hadir Dialog PM Bersama NGO esok
Sekiranya pertemuan antara Mahathir dan Najib menjadi kenyataan, ia akan mencuri perhatian seluruh rakyat Malaysia yang selama ini hanya melihat kedua-dua pihak hanya berbalas hujah melalui komen dan penulisan. - Gambar Fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan merungkaikan segala persoalan rakyat termasuk menjawab pelbagai persepsi negatif yang dilemparkan kepada beliau dalam sebuah program anjuran Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam).
Program yang dinamakan 'Dialog PM Bersama NGO' itu dijadual berlangsung pada jam 9 pagi, pada Jumaat di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Lebih menarik, program tersebut bakal dihadiri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sejak kebelakangan ini dilihat banyak mengkritik kepimpinan Najib secara terbuka.
Dalam satu pesanan ringkas kepada Astro AWANI, pegawai khas kepada bekas perdana menteri itu, Sufi Yusof berkata: “Ini adalah jemputan terbuka, Insya-Allah Tun (Mahathir) akan hadir”.
Sekiranya pertemuan antara Mahathir dan Najib menjadi kenyataan, ia akan mencuri perhatian seluruh rakyat Malaysia yang selama ini hanya melihat kedua-dua pihak hanya berbalas hujah melalui blog dan laman web rasmi masing-masing serta komen berasingan di lokasi berbeza.
Selain promosi program itu menggunakan hashtag #Nothing2Hide di media sosial, pihak penganjur program juga telah memuat naik sebuah video berdurasi 73-saat yang menunjukkan pelbagai persoalan dan isu kontroversi yang melanda Najibn dan pentadbirannya.
Dijangkakan 1,000 aktivis dan NGO akan menghadiri program dialog tersebut.
“Pihak NGO patut diberikan peluang untuk bertanya soalan kepada Najib memandangkan mereka ada banyak soalan penting. Ini bagi memastikan ahli politik tidak mendominasi perbincangan mengenai isu-isu nasional,” ujar Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat dalam satu sidang media Isnin lalu.
Topic Berkaitan
#Dialog PM Bersama NGO
#Mahathir Mohamad
#Najib Tun Razak
#Nothing2Hide
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan